love of heart

cinta...... ketika ia di sisi... kita tdk pernah menghargainya..... tp tatkala kita kehilangannya mngapa kita menangisinya...??? hargailah ia selagi ianya masih di sisi kita...... kehilangannya sukar utk ditukar ganti.... malah yg menggantinya belum tentu sama dgn yg hlg..... percayalah...........

Thursday, 28 July 2011

wanita






>WANITA
>
>1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
>
>2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki
>soleh.
>
>3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000
>lelaki yang jahat.
>
>4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada
>80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
>
>5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya
>(susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu
>yang diberikannya.
>
>6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di
>dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
>
>7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa
>kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti
>membebaskan 20 orang hamba.
>
>8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang
>melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan
>penuh rahmat.
>
>9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan
>Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500
>tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000
>maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam
>syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat
>daripada yakut.
>
>10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga
>anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan
>bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
>
>11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan
>didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
>
>12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan
>berkatkan rezekinya.
>
>13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
>seperti meyapu lantai di baitullah.
>
>14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan
>mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia
>suka.
>
>15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
>
>16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
>
>16. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan
>puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu
>pahala haji.
>
>17. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia
>akan dikira sebagai mati syahid.
>
>18. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12
>tahun solat.
>
>19. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun),
>maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa
>syurga wajib baginya.
>
>20. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,
>Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
>
>21. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7
>tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat
>pahala tola perak.
>
>22. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan
>memasuki syurga.
>
>23. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat
>pahala 80 tahun ibadat.
>
>24. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,
>tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati
>auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
>
>
>Pandangan : Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.
>Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?
>Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum
>keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika
>yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah
>kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini.
>Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.
>
>Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan
>jalan kita bertemu Izrail.
>
>Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab
>dipertengahan jalan.
>
>Sekian,wassalam
>
>~Selangkah diriku pada-Mu, Seribu langkah diri-Mu padaku~

wudhuk...






Tahukah teman-teman, salah satu syarat sah sembahyang ialah 
mengambil wudhuk. berikut adalah cara-cara mengambil wudhuk yang sempurna dengan wudhuk yang sempurna. 
Insyaallah kita akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang. 


1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah 
dosa mulut dan lidahku ini". 


2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, 
putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini". 


3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, 
berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini". 


4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, 
janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini". 


5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, 
lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu". 


6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, 
ampunilah dosa telinga ku ini". 


7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, 
permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim". 


8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, 
bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan 
tempat-tempat maksiat". 


Penjelasannya: 
1. Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah 
2. Ahli syurga mukanya putih berseri-seri 
3. Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan 
4. Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri 
5. Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala 
6. Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll 
7. Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali 
8. Qada' dan Qadar kita di tangan Allah 


Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap 
yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri. 


Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?. 


Pernahkah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam 
menghayati Islam? 


Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? 


Dan berapa kalikah dalam satu hari anda ambil wudhuk?....

wasiat ALLAH kpd RASULULLAH...








Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya di israkkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :
1. Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau. 
2. Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku. 
3. Bersungguh-sungguhlah engkau mencari Syurga. 
4. Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka. 
5. Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail. 
Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T.
Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :
1. Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya. 
2. Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmat darinya. 
3. Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya. 
4. Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya. 
5. Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya. 
6. Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya. 
7. Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya." 

Tuesday, 12 July 2011

kenangan mmasa silam mengajar erti kesetiaan persahabatan yang sebenar...







Sahabat ku.. masihkah kau ingat kenangan niie…?? Yg berlaku tanpa dirancang pn kn…?? Huhu indahnya saat nie… bersama teman2ku MUHAMMAD ZULFAQAR BIN MAZLAN,  IZZAT RAMADHAN BIN AHMAD FUAD, MOHD NAZRIN BIN NAZARALY… Huhu.. kita bersama mengembara sehingga dapat menyarungkan baju tu… kekuatan kita bila bersama… huhu.. rindu saat nie…

~~!!!...AMARAN...!!!~~






Nie yg aq dpt korek dri sorng member aq..  luahan hatiny trhadap kaom laki… aq sokong ap yg Otaq gtaw aq 2… mmg btol.. bkn na kondem kaom laki p aq lme da fkir.. mne laki yg patot tanggungjwb 2…?? mane..?? uat malu kaom jer...!!! huh...!!!~~

wahai muammar gaddafi... aku sayang ko ngn awop2 pemikir len.. hafiz...syafiq...izzat...abg mat...


muammar qaddafi ( 0145364156 )
05:28pm , 15.04.2011
NABI MUHAMMAD S.A.W bersabda : “barangsiapa yang bercita-cita mati syahidkerana ALLAH, nescaya akan diletakkan oleh ALLAH kedudukannya ditempat para syuhada sekalipun ia mati di tempat tidurnya...”
-hadis riwayat muslim, abu daud, tarmizi, ibnu majjah...

08:33pm , 09.04.2011
Sahabat... kita berjumpa kerana takdir... kita berkawan kerana kasih... kita bersama kerana hati... kita berpisah kerana cita-cita... kita kekal kerana kuatnya ukhuwah... kita bergaduh kerana harga satu ikatan... TAPI... yang paling penting semuanya kerana ALLAH... bukan mudah untuk kita berkawan... bukan mudah untuk kekalkan... bukan mudah untuk teruskan... bukan mudah hingga sekarang... semoga ALLAH kekalkan persahabatn...


22.04.2011 , 10:22pm
Kawan... bukan satu tapi berjuta... bukan untuk diguna tapi untuk dijaga... bukan untuk dimusuhi tapi untuk disayangi... bukan untuk sementara tapi untuk selamanya... bukan uuntuk dilupakan tapi untuk diingati... bukan untuk ditinggalkan tapi untuk dirindui... bukan hanya disini tapi dimana-mana... bukan setakat ini tapi hingga hujung nyawa...

12.06.2011 , 03:09pm
Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku... Sahabat yang baik adalah sahabat yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati... Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa  senang... semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri... Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka... jika aku dapat aku akan setia padanya...

adikku syg... abg publish lam blog.. nanti adk leh baca blik msg adk kt abg... yerk.. huhuhu...


Sufyra ( 01482736__ )
10:22am , 16.04.2011
Jika hati sejernih  air, jangan biarkan ia keruh...
jika hati seputih awan jangan biar ia mendung...
jika hati seindah bulan, kekalkan ia dengan iman...
jika hati penuh kemarahan, gantilah ia dengan kemaafan...

03:32pm , 14.04.2011
Kadang-kadang kita meminta kepada ALLAH setangkai bunga yang indah tapi ALLAH berikan kaktus berduri... kita meminta kupu-kupu tapi diberikan ulat... kita pun sedih, kecewa, marah...!!! namun, kemudian kaktus itu berbunga indah... ulat itu menjadi kupu-kupu yang cantik... itulah jalan ALLAH, indah pada waktunya... ALLAH tidak member apa yang kita harapkan tapi ALLAH beri apa yang kita perlukan... kadang-kadang kita sedih, kecewa, marah... buruk sangka ... tapi diatas sana ALLAH merangka yang TERBAIK dalam hidup kita... supaya kita belajaruntuk selalu redha dan ikhlas...

10:27pm , 17.04.2011
Kita lahir dengan dua mata dan dua telinga, tapi kita hanya diberi satu mulut... kerana mulut adalah senjata yang amat tajam... mulut boleh menyakiti... mulut juga boleh membunuh... boleh menggoda... dan banyak perkara yang tidak nenyenangkan.... bicara sedikit mungkin tapi, lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya... kerana madah pujangga bias menjadi pedoman hidup manusia... kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita... jagalah bahasa kata kita jangan disalah guna... terlajak perahu boleh diundur, tapi terlajak kata buruk padahnya...